Sunday, September 29, 2019

Mannsanni.

Park Nick.

Saturday, April 15, 2017

Bread - The Best of Bread (1973)

Monday, July 15, 2013

生活習慣病セルフケアアドバイザー養成講座 | 平成ウェルネスアカデミー主催/健康友の会特奨

生活習慣病セルフケアアドバイザー養成講座 | 平成ウェルネスアカデミー主催/健康友の会特奨
Sunday, May 6, 2012

Ustaz Azhar Idrus-Jahil Sekampung-clip VOL 1/6.mp4 - YouTube

Ustaz Azhar Idrus-Jahil Sekampung-clip VOL 1/6.mp4 - YouTube
Tuesday, February 8, 2011

Anti Jews

Anti Jews
Tuesday, January 19, 2010

To err is human.


Let's forgive and forget.
Tuesday, January 5, 2010

Dosa-Dosa Besar


Terima kasih Tuhan, kerana dengan rahmatMu banyak peringatan-peringatan yang Kau beri untuk dapat kami membaiki diri kami. Kami rasa ini satu hadiah yang besar dari Engkau berkat bulan Muharam ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, kerana engkaulah ya Rasulullah kami dapat meneruskan kuliah kali ini. Moga-moga kami pandai bersyukur dan dapat membanyakkan selawat kepada nabi kami.

Kerana ilmu kita tak banyak, tak halus, banyak benda silap yang kita tak tahu, banyak ilmu yang seni-seni kita tak faham. Kita telah buat kesalahan tanpa kita sedar. Kita telah buat dosa-dosa besar tapi tak tahu. Kita banyak buat kesalahan dengan Tuhan tapi tak sedar. Jadi yang kurang pada kita ialah ilmu-ilmu seni. Bila ilmu-ilmu seni itu kita tak faham, pada saya, pada orang lain saya tak tahulah, makin banyak kita ibadah makin banyak kita tipu diri. Makin kita nak jadi orang baik dah jadi tak baik. Makin banyak kita beribadah makin jahat kita dengan Tuhan, kerana ilmu kita tak boleh menyuluh diri kita, sebab ilmu Tuhan itu sangat seni. Sangat tersirat.

Yang sebenarnya ilmu yang seni-seni, ilmu yang tersirat itulah yang boleh mengubat hati. Ilmu lain tak boleh, kadang-kadang dia tipu kita, ilmu lahir tak terasa apa-apa. Bila tak terasa apa-apa, makin banyak kita buat, kita dah rasa luar biasa, kita kurang ajar dengan Tuhan, kita dah rasa hebat. Ini dah berdosa dengan Tuhan tapi kita tak sedar, kita dah tak takut dengan Tuhan.

Sedangkan itu kesalahan besar, dosa besar. Jadi kalau ilmu kita tak seni, makin buat baik jadi makin tak baik. Kan pelik didengar, kalau orang tak pernah dengar ilmu macam ni, tentulah dia fikir ajaran sesat ke ni? Yang sebenarnya dosa-dosa besar ada 2 bahagian:

1.dosa-dosa yang lahir
2.dosa-dosa yang batin

Ramai orang yang nak beragama, yang nak juga pada Islam kalau ilmunya tak seni, tak halus, ilmu yang tersirat tak tercungkil, dia tak terjebaklah dengan dosa-dosa besar lahir (yang nampak oleh mata lahir). Sebab dia nak beragama juga, yang lahir ini mudah dikesan. Tapi orang ini akan terjebak dengan dosa-dosa besar yang batin

Bagi yang jenis tak fikir agama, dosa-dosa besar yang lahir pun dia tak ambil kisah apa lagi yang batin.

Bagi orang yang agak nak beragama insyaAllah dosa-dosa lahir dia tak buat seperti zina, mencuri, minum arak, judi, menipu, rasuah...itu semua dosa-dosa besar dia tak buat. Dia tak akan berzina, melacur. Nah disitu dia tipu diri "Aku tak buat dosa besar, bersih aku ni!" Terasa baik dia. Makin baik lahirnya yang dalam makin jahat. Makin cantik di luar makin burruk di dalam. Makin bercahaya lahir, yang dalam makin gelap.

Sebab itu para sahabat salafusoleh dan orang-orang yang bertaqwa dia bukan takutkan dosa-dosa besar yang lahir tapi yang takutkan ialah dosa-dosa besar yang batin terutama syirik. Dikalangan salafusoleh para sahabat pernah berkata kalau aku mati di bilik aku ini mati sebagai orang beriman, sedangkan kalau aku pergi ke tangga rumah ini mati syahid, itu besarlah. Tak apa, saya nak mati di bilik, kenapa? Padahal jarak bilik dengan tangga itu 2-3 depa sahaja, dia takut jalan dari bilik ke tangga dia jadi syirik. Apa maksud tu?

Begitulah orang bertaqwa bimbangnya dengan syirik, bimbang dengan Tuhan. Dengan jarak 2-3 depa dia tak yakin dirinya selamat dari syirik walaupun di tangga dijanjikan mati syahid. Tak apalah yang penting aku dapat mati beriman cukuplah. Kalau masuk neraka tak kekal, daripada mengharapkan mati syahid tapi dapat mati kafir. Begitulah hati orang beriman, adakah hati kita macam itu? Hati orang mukmin bergolak, tak tahu nasib aku macam mana. Dari saat ke saat dia takut, tak tahu bagaimana nasibnya.

Bagi orang yang nak beragama juga, memang dia tak buat dosa-dosa besar yang lahir. Kalau ilmu dia tak halus, di situ dia rosak, dia buat dosa besar yang batin. Bila orang puji berbunga hati, itu dosa besar. Terfikirkah itu dosa besar? Itu yang saya maksudkan dia tipu kita, disebabkan kita tak buat dosa besar yang lahir tu jadi dia tipu kita.

Dalam pengalaman kita orang yang beribadah kuat, kalau kita tegur ''Saya tak buat salah. Tak, tak saya tak buat!'' Kenapa? Soalnya dia tak nampak di dalam, di luar ok. Tengok. Kebaikan yang diluar menipu diri. Kebaikan yang diluar merosakkan batinnya. Cahaya yang terang di luar menggelapkan dalam. Bila kita berjaya dalam ibadah ke, terasa luar biasa, ujub itu dosa besar, terfikirkah itu dosa besar? Tak! dia berlalu begitu sahaja padahal kita dah lakukan dosa besar.

Contoh lain, terlintas dalam fikiran ''Kalau aku berjuang/berdakwah nanti, macam mana nak makan, anak ramai, isteri ramai? Dosa ini lebih besar daripada contoh yang awal tadi sebab ini dah masuk kawasan syirik, merosakkan akidah. Terfikir ke kita yang fikiran macam itu sudah merosakkan akidah? Sebab itu dosa batin, yang susah nak dikesan oleh orang biasa.

Bagi orang yang nak ikut Tuhan, dosa lahir itu macam dengar bunyi gajah. Dari jauh dah dengar gedebuk-gedebuk bunyi gajah jadi senang dia nak elak, larilah.
Tapi dosa batin macam bunyi semut, tak terdengar, tak ada. Bila tak ada maka tak rasa bahaya. Bila gajah berjalan, semut berjalan berbunyi, sama. Tapi gajah senang dikesan kesak kesuk kesak kesuk, kalau semut jalan di tepi telinga pun tak dengar. Kita dah buat dosa besar tapi kerana kita tak faham, jadi kita kata kita tak buat.

Jadi ramai orang yang buat dosa besar batin. Untuk orang yang nak beragama tapi ilmunya tak ada, tak halus maka dia akan banyak buat dosa besar batin. Macam orang lain dapat kesenangan, terdetik hati kita rasa tak senang, itu dosa....mana kita terfikir itu dosa?

Kalau orang dapat kesusahan, kita tak rasa susah, itu dosa...terfikir ke kita itu dosa?
Mana boleh orang susah kita tak rasa susah, mana perikemanusiaan kita? Itu tanda hatinya sudah bankrup, tak susah dengan kesusahan orang.

Pernahkah kita menungkan,''Eh, aku ni banyak dosa sebab aku tak terasa susah dengan kesusahan orang lain.'' Tapi kalau minum arak ''Astaghfirullah hal 'azim aku telah minum arak''. Setahun dia boleh ingat. Atau kalau berzina setahun dia boleh ingat. Main diotak, tak tenang.

Tapi tak rasa susah dengan kesusahan orang, ada bermain-main di otak?...Tak! Dia berada dalam keadaan selesa tak berasa berdosa dengan Tuhan. Nampak tak ilmunya? Sebab itu kalau ilmu tak halus, tak seni, banyak ilmu tersirat kita tak tahu maka banyak dosa-dosa batin kita buat tanpa disedari.

Ilmu-ilmu tersirat, ilmu-ilmu seni itulah ilmu tasawuf, itulah ilmu rohani. Banyak dosa-dosa batin yang kita buat tak tahu. Lebih-lebih lagi sembahyang banyak, ibadah banyak, wirid zikir banyak, kerja-kerja umrah/haji dah banyak tetapi dah takut dengan Tuhan, sebab ditutup oleh kebaikan lahir tadi. Itu satu kejahatan paling besar. Sebab ianya telah mencabut rasa kehambaan. Rasa kehambaan itulah yang Tuhan nak. Bila dicabut rasa kehambaan dia tak nampak dosa besar. Bila rasa kehambaan tercabut datanglah rasa ketuanan, dah besar, bila dibiarkan dia akan datang rasa ke Tuhanan. Musnah dia punya akidah, tak bahaya ke ?

Kadang-kadang orang yang lalai dengan Islam, sekejap sembahyang sekejap tidak sembahyang, sekejap puasa sekejap tidak puasa, tapi dia rasa bersalah. Dia sedar dia salah. Itu lebih selamat daripada orang yang jaga yang lahir, ibadah yang banyak dalam hati buat jahat, tak terasa takut lagi. Yang tadi masih rasa takut lagi, dalam buat jahat dia rasa takut, rasa kehambaan masih kekal. Yang ini dia banyak buat secara luaran tak terasa takut. Sebab di sisi Tuhan orang yang buat dosa terasa berdosa itu yang selamat. Orang berdosa rasa tak berdosa, itu yang rosak! Rasa berdosa, rasa bersalah, rasa kehambaan itulah yang Tuhan nak.

Kalau kita ambil yang lahir sahaja mungkin banyak ibadah yang makin rosak sebab dia tak nampak kesalahan dirinya. Sebab itu orang dulu, kalau ada orang nak tanya tentang hukum hakam kalau nak jaga hati kalau aku terus jawab mungkin nanti ada megah. Kamu pergilah tanya si Ahmad, bila sampai si Ahmad tanyalah si Yusuf, kerana nak jaga hatilah tu. Dari Yusuf suruh pergi ke Mahmud juga. Akhirnya pusing sampai baliklah kerana tak dapat elak dia pun jawab.

Sebab itu orang dulu, kalau nak sangat berdakwah, dia tak berdakwah. Waktu dia seronok sangat nak bersyarah tu, dia tahan diri, sebab dia fikir jangan-jangan dorongan ini hanya untuk nak megah, untuk kepentingan diri. Syeikh Abdul Kadir Jailani selepas 30 tahun beribadah, buat itu buat ini, dia berdakwah. Sebab sebelum itu dia tak berdakwah. Kadang orang tanya mengapa tuan tak berdakwah, kadang-kadang dia tak jawab sebab dia tahu mengapa dia tak berdakwah. Setelah 30 tahun baru dia berdakwah, dia dah jadi orang baik...mungkin mula dari 30 tahun jadi sekarang dah 60 tahun. Orang terkejutlah. Dia kata '' Saya dah dapat arahan'', nbaru dakwah, ada arahan dari Tuhan, ada bisikan dari pihak Tuhan baru dia berdakwah. Dia berhati-hati. Sebab itu sekali sahaja dia berdakwah, yang dah nak baik terus jadi baik, yang dapat hidayah mendadak baik, yang jahat-jahat bergolak hati. Itu kesanya.
Hari ini orang kerja dakwah tapi tak ada kesan, mengapa? Sebab hati nak sangat berdakwah, masuk surat khabar lagi seronok, sehingga dakwah tak dapat memberi kesan.

Sheikh Abu Yazid Bustami lepas berdakwah ramai orang sedar, kerajaan tak senang, maka dibuang.7 tahun dibuang, 7 tahun negara bergolak. Ladang tak jadi, makan susah, kemarau, kemudian baru orang perasan mengadu ke Gabenor,''Tuanku, sejak kita buang Yazid tu keadaan jadi begini, dah teruk ni, coba bawa balik Yazid''. Dia balik masalah selasai. Kesan rasa hati mereka, bergolak negara. Mana ada orang macam ini sekarang. Masing-masing nak berdakwah, tak ada seorang pun masuk Islam, semua orang Islam tak berubah, dirinya pun tak berubah. Sebab dia berjuang tapi membawa dosa besar batin, bawa kejahatan batin, diluar bercahaya dalamnya gelap. Kerana ilmunya tak seni, ilmu rohaninya tak menyuluh batin, dia buat jahat tak sedar, dia berdosa pun tak perasan.

Ini semua faktor ilmulah. Kalau ilmu kita tak banyak, tak global, tak seni, makin kita baiki diri yang luar, makin terjun ke Neraka, makin terjun ke maksiat. Makin kita buat kejahatan tanpa kita sedar. Kena berhati-hatilah jangan sampai sembahyang, puasa, wirid kita menipu kita. Jangan ibadah kita merusakkan hati kita. Patutnya makin banyak kita baiki diri makin rasa bersalah, rasa berdosa, makin rasa tak berguna, makin rasa jauh dengan Tuhan. Itulah yang akan menyelamatkan kita.

Sekian, ampun maaf.

Read more: http://scripters.ning.com/group/Islam/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A265878&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0blYXqjU0
Thursday, December 17, 2009

Kembar Ekin

Sejarah Kesultanan Melayu


Lihat dari segi sudut Sejarah..

Tulisan ini berisi informasi tentang pertumbuhan 23 Kerajaan Melayu di Sumatera Timur dan Riau, baik yang kecil maupun yang besar. Dari sejarah kerajaan-kerajaan tersebut dapat dilihat terjadinya interaksi antarkerajaan, tentang nilai-nilai budayanya, dan tentang konsep politiknya. Informasi ini dapat dijadikan bahan untuk memetik potensi-potensi yang ada maupun mengetahui kelemahan-kelemahan yang membuat kerajaan-kerajaan tersebut mengalami kemunduran.




1. Pendahuluan
Ruang lingkup pembahasan makalah ini adalah Karesidenan Sumatera Timur (Residentie Oostkust van Sumatera) yang lepas dari Residensi Riau pada tahun 1873. Meskipun ruang lingkup ini sempit, namun Kerajaan Melayu yang akan disinggung cukup banyak, karena wilayah Karesidenan Sumatera Timur sebelum 1 Januari 1940 juga meliputi Kerajaan Siak, Pelalawan, Gunung Sahilan, Kepenuhan, Kunto Darussalam, Rokan IV Koto, Kampar Kiri, Rambah, Sengingi, Logas, dan Tambusai. Wilayah Kerajaan Melayu mulai dari Siak ke selatan. Pada tahun 1940 Kerajaan Melayu dipisahkan dari wilayah Karesidenan Sumatera Timur dan menjadi wilayah Kerajaan Melayu Riau. Oleh karena itu, pembatasan pembahasan Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur hanya sampai pada masa sebelum datangnya Jepang, yaitu sebelum tahun 1940.
Pada tahun 1915 kerajaan-kerajaan Melayu yang masuk wilayah Karesidenan Sumatera Timur menjadi wilayah Provinsi Sumatera Timur, dengan ibukota Medan. Empat Kerajaan Melayu di Temiang, yaitu Kerajaan Bendahara, Kerajaan Karang, Kerajaan Sutan Muda, dan Kerajaan Muda dikeluarkan dari Sumatera Timur dan dimasukkan ke wilayah Provinsi Aceh oleh Belanda pada tahun 1900.
Kerajaan besar yang berstatus kesultanan dengan Kontrak Politik adalah: 1) Deli; 2) Asahan; 3) Siak; 4) Serdang; 5) Langkat; 6) Kualuh; 7) Pelalawan, sedang kerajaan-kerajaan dengan Pernyataan Pendek (Korte Verklaring), adalah: 8) Billah; 9) Gunung Sahilan; l0) Kedatukan Indrapura (Batubara); 11) Kepenuhan; 12) Kunto Darussalam; 13) Kotapinang; 14) IV Kota Rokan Kiri; 15) Kedatukan Lima puluh (Batubara); 16) Logas; 17) Panai; 18) Kedatukan Pesisir (Batubara); 19) Rambah; 20) Singingi; 21) Kedatukan Suku Dua (Batubara); 22) Tambusai; 23) Kedatukan Tanah Datar (Batubara).



2. Kerajaan-Kerajaan Melayu Tua
Kurun waktu berdiamnya orang-orang Melayu di wilayah pesisir bagian timur Sumatera sulit untuk dipastikan. Kita hanya mendengar bahwa pada masa lalu seorang raja dari India Selatan yang bernama Rajendra Cola Dewa I pada tahun 1011 M menyerang Sriwijaya dan negeri-negeri lainnya di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera. Penyerangan tokoh “Raja Sunan” ini diungkapkan dalam Sejarah Melayu (cerita ke-1). Kerajaan-kerajaan Melayu yang termasuk tua adalah sebagai berikut.


Bersambung....

Balik Pada Asas

Salam,

Alhamdullilah syukur kita kepada Allah s.w.t kerana di beri kekuatan untuk berada pada Ramadhan yang ke 25. Semoga kita menjadi lebih insaf, bertakwa dan berlepas diri dari dosa dan amalan yang tidak baik. Bersyukur kita kerana dapat menikmati Ramadhan, dapat mengawal nafsu serakah dan dapat banyak beribadat dan munajat pada Allah. Mohon kita pada Allah s.w.t supaya di ampunkan segala dosa kita ini – dosa yang kita tahu dan dosa yang kita tidak tahu. Mohon padaNYA petunjuk dan hidayah dan bimbingan kepada jalan yang di redhai Allah.

Diakhir zaman ini memang banyak dugaan dan cabaran dalam mengamalkan Islam. Macam-macam gambaran yang kita lihat perihal Islam dan cara kehidupan. Lumrah manusia ialah inginkan yang terbaik dalam mengamalkan Islam maka wujud bermacam faham dan cara tersendiri dalam mengamalkan Islam. Ada yang memilih jalan Tabligh, ada yang memilih jalan Tarekat, ada yang memilih jalan SUFI, ada yang memilih jalan Ikwanul Muslimin, ada yang memilih jalan Hikmah, ada yang memilih jalah Fisabillilah, ada yang memilih untuk BERKUMPULAN, ada yang memilih Sunnah Wal Jamaah, ada yang memilih Wahabi, ada yang Tak Memilih Jalan dan bermacam-macam jenis.Ramai di antara kita ini bertelagah dan berdebat akan cara dan bagaimana untuk menjalani dan mengamalkan Islam dalam kehidupan harian.

Baguslah masing-masing ingin mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan menjadi hamba yang mengabdikan diri pada Allah s.w.t. Dalam pada itu haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga asas-asas Islam yang diajar melalui Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita ini jadi lebih-lebih – semacam nak jadi lebih hebat dari Rasulallah s.a.w dengan membuat perkara yang Rasulallah s.a.w tak buat. Jadilah hamba Allah yang serdahana dalam serba serbi dalam amalan, ibadah, kehidupan dan semuanya.

Yang Allah s.w.t ajarkan Islam melalui Rasulnya itu adalah LENGKAP dan SYUMUL. Cuma kita ini sahaja yang tak buat dengan sungguh-sungguh apa yang disuruh. Jangan jadikan apa-apa antara kita dengan Allah s.w.t. . Mohonlah pada Allah s.w.t sahaja dan jangan memohon selain daripada Allah s.w.t. Kita boleh jatuh syirik jika mohon melalui selain dari Allah s.w.t.

Peringatan di atas adalah untuk diri saya sendiri yang sentiasa lupa dan alpa perihal Allah s.w.t dan cara sebenar menjalani Islam dalam kehidupan. Islam itu mudah tapi tidak semudah yang disangka. Mudah bagi yang memahami dan jangan di permudah-mudahkan. Bersabar dan berserdahana dalam mengamalkan Islam dan pulang ke asal jika dah terlanjur jauh dari amalan Islam.

Ingat kembali Rukun Iman serta hayatinya dan laksanakan sebaik mungkin Rukun Islam. Taat dan patuh pada syariah Feqah, hayati Tauhid, rasai Hakikat dan syukur atas Makrifat. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Pengampun. Dialah yang Maha Kasih dan Maha Sayang. Mohonlah padaNYA keberkatan dan hidayah untuk menjadi hambanya yang taat dan mentaati.

Imbasan sedikit perihal Rukun Iman dan Rukun Islam:

RUKUN IMAN

BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah swt

BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang meminpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.

BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada’ dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya
RUKUN ISLAM

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya”. Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt

MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Alah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Tragedi yang menggemparkan Malaysia

16 mangsa ditanam hidup-hidupOleh Nasron Sira Rahim

Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.

DALAM ruang kedai kopi itu, penduduk sekitar Ringlet, sebuah pekankecil di Cameron Highland Pahang masih leka dengan aktiviti rutinmereka saban hari - bermain mahjong, daun terup dan mencicip secangkirkopi dengan gembira dan tenang bersama rakan.

Sehinggalah sekitar jam 4 petang, deretan buah mahjong di atas mejamula bergerak bertaburan. Tenang air kopi di dalam cawan mula berkocakdan permukaan tapak kedai yang mereka diami mula bergegar. Bunyidengung menusuk corong telinga semakin kuat!

Pengunjung mula panik dan tertanya-tanya tetapi belumpun jawapandiperoleh, sesuatu yang menggemparkan berlaku. Mereka tidak sempatberfikir panjang, sejurus selepas gegaran itu, tanpa sempat berbuatapa-apa termasuk berlari meninggalkan kawasan itu, kedai berkenaanruntuh.

Jeritan mungkin kedengaran seketika sebelum tiang dan bahan binaankedai menghempap mereka. Kemudian, buat seketika, segala-galanya sunyi.

Kelam. Seorang daripada pengunjung di dalam kedai kopi itu tidak dapatmelihat apa-apa, keadaan sekeliling menjadi gelita. Dia cubamenggerakkan tangan dan kakinya tetapi gagal berbuat demikian. Posisikedudukannya terhad.

Apa yang sudah berlaku? Dia tertanya-tanya sendirian dalam keadaan yangtidak dapat dipastikan itu. Sekelilingnya gelap, ruang pergerakannyaterhad, pendengarannya tuli dan nafasnya semakin sesak.

Tiba-tiba fikirannya terbayang sesuatu yang ngeri. Dia kembali cemas.Lelaki itu menelan liur yang perit tatkala mengenangkan yang keadaannyabagaikan di dalam kubur! Dia tertanam hidup-hidup!

Di luar, keadaan mula riuh rendah. Raungan dan tangisan terutama dikalangan penduduk wanita berterusan di mana-mana. Suasana cemas dankelam kabut.

Hari itu - 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedaiyang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedaitertimbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pastijumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!

Bagi mereka yang terselamat iaitu tidak berada di dalam enam premisitu, raungan dan jeritan bak histeria kedengaran berterusan sebaikmelihat kejadian itu. Lebih-lebih lagi tatkala mengenangkan ada antarasaudara, suami, isteri, anak atau ahli keluarga yang sudah tertimbusdalam timbunan tanah itu.

Dan raungan dan jeritan kuat itu bertebaran luas sekeliling bandarberkenaan. Ia menarik perhatian beberapa pihak berdekatan sehinggasekelip mata saja kawasan bandar kecil Ringlet dipenuhi ramai orang.

Lebih 700 orang datang daripada segala pelusuk alam dan mulamengerumuni timbusan tanah itu. Antara mereka adalah sekumpulan tenteraBritish yang sedang beristirahat berhampiran selain jurutera Jermanyang mengendalikan projek berhampiran.

Mereka mula mengorek dengan harapan masih ada mangsa yang dapatdiselamatkan. Selain penduduk setempat, ratusan pekerja projek empanganhidroelektrik berhampiran bergegas menghulurkan bantuan.

Kerja pengorekan dimulai dengan kudrat manusia sehingga peluhberjuraian daripada dahi hingga ke kaki. Pasukan penyelamat daripadapihak berkuasa tiba dengan pantas dan menyertai usaha sukarela pendudukitu.

Seterusnya dua jentera bulldozer dikejarkan untuk mengorek tanah bagimencari mangsa yang masih tertimbus. Kerja itu bukan mudah lantarantimbunan tanah ribuan tan itu meliputi kawasan luas.

Dianggarkan masih ada kira-kira lebih 20 pelanggan di dalam tiga kedaikopi, dua kedai runcit dan satu kedai daun teh berkenaan ketika tragediberlaku. Sebuah teksi yang membawa penumpang juga dilaporkan tertimbus.Kini semuanya masih ditelan tanah.

Dua jam kemudian, seorang daripada penyelamat sukarela itu melihatsesusuk tubuh di sebalik timbunan tanah itu. Dia terus menggali lebihbersemangat. Beberapa rakan turut menggali di tempat sama.

Selepas dua jam, kerja menggali mereka mengeluarkan enam kanak-kanakCina dan empat India yang sudah tidak lagi bernyawa. Seorang wanitaCina yang juga seorang daripada pemilik kedai berkenaan berjaya dibawakeluar hidup-hidup tetapi dua anaknya maut dalam tragedi itu.

Kira-kira 30 pengunjung lain berjaya diselamatkan walaupun mengalamikecederaan. Sebahagian mangsa yang kritikal terus dikejarkan keHospital Ipoh dan Hospital Tapah yang berdekatan.

Masa melewati kira-kira empat jam daripada permulaan tragedi apabilasatu keajaiban berlaku - seorang kanak-kanak berusia tujuh tahundijumpai selamat walaupun sudah lebih tiga jam tertimbus hidup-hidup.

Kanak-kanak itu terselamat kerana ketika runtuhan, dia sempat berbaringdan berlindung berhampiran tembok yang menghalang tanah berat itudaripada menimbusinya.

Jam berganti dan hari bersilih, tanah terus diangkut dan kerjapengorekan diteruskan tanpa henti. Menjelang petang hari kedua,sebanyak 13 mayat tercatat dalam senarai mangsa maut tragedi Ringlet.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan Menteri Kabinet turutmelawat dan memantau operasi gerakan mencari berikutan tragedi Ringletadalah tragedi yang dicatat sebagai sejarah hitam negara. Tidak pernahtanah runtuh berlaku dengan sebegitu teruk dan mengorbankan mangsa yangramai sebelum ini.

Menjelang petang, tanah yang menutupi enam premis di pekan kecil ituberjaya dibersihkan. Enam premis itu kini tiada lagi, tiada dinding,tiada atap; yang tinggal hanyalah tapak simennya saja.

Ketika semua premis itu runtuh, serpihannya turut menghempap beberapa rumah berhampiran dan menyebabkan kerosakan.
Seterusnya pada hari ketiga, dua lagi mayat ditulis dalam senaraimangsa maut selepas dijumpai dalam timbunan tanah itu menjadikan jumlahmangsa seramai 15 orang.

Hari itu juga, akhbar melaporkan penafian Lembaga Letrik Pusat yangkejadian tanah runtuh itu berpunca daripada projek empanganhidroelektrik bernilai jutaan ringgit yang dijalankan berhampiran pekanitu.

Hari keempat, satu lagi berita sedih disebarkan apabila seorangkanak-kanak perempuan yang pada mulanya ditemui selamat, meninggaldunia di hospital pada pagi 14 Mei. Itulah mangsa terakhir yang menjadikorban tragedi Ringlet 1961, 35 orang cedera dan 16 mangsa menemui mautditanam hidup-hidup

Tragedi yang menggemparkan Malaysia

16 mangsa ditanam hidup-hidupOleh Nasron Sira Rahim

Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.

DALAM ruang kedai kopi itu, penduduk sekitar Ringlet, sebuah pekankecil di Cameron Highland Pahang masih leka dengan aktiviti rutinmereka saban hari - bermain mahjong, daun terup dan mencicip secangkirkopi dengan gembira dan tenang bersama rakan.

Sehinggalah sekitar jam 4 petang, deretan buah mahjong di atas mejamula bergerak bertaburan. Tenang air kopi di dalam cawan mula berkocakdan permukaan tapak kedai yang mereka diami mula bergegar. Bunyidengung menusuk corong telinga semakin kuat!

Pengunjung mula panik dan tertanya-tanya tetapi belumpun jawapandiperoleh, sesuatu yang menggemparkan berlaku. Mereka tidak sempatberfikir panjang, sejurus selepas gegaran itu, tanpa sempat berbuatapa-apa termasuk berlari meninggalkan kawasan itu, kedai berkenaanruntuh.

Jeritan mungkin kedengaran seketika sebelum tiang dan bahan binaankedai menghempap mereka. Kemudian, buat seketika, segala-galanya sunyi.

Kelam. Seorang daripada pengunjung di dalam kedai kopi itu tidak dapatmelihat apa-apa, keadaan sekeliling menjadi gelita. Dia cubamenggerakkan tangan dan kakinya tetapi gagal berbuat demikian. Posisikedudukannya terhad.

Apa yang sudah berlaku? Dia tertanya-tanya sendirian dalam keadaan yangtidak dapat dipastikan itu. Sekelilingnya gelap, ruang pergerakannyaterhad, pendengarannya tuli dan nafasnya semakin sesak.

Tiba-tiba fikirannya terbayang sesuatu yang ngeri. Dia kembali cemas.Lelaki itu menelan liur yang perit tatkala mengenangkan yang keadaannyabagaikan di dalam kubur! Dia tertanam hidup-hidup!

Di luar, keadaan mula riuh rendah. Raungan dan tangisan terutama dikalangan penduduk wanita berterusan di mana-mana. Suasana cemas dankelam kabut.

Hari itu - 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedaiyang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedaitertimbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pastijumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!

Bagi mereka yang terselamat iaitu tidak berada di dalam enam premisitu, raungan dan jeritan bak histeria kedengaran berterusan sebaikmelihat kejadian itu. Lebih-lebih lagi tatkala mengenangkan ada antarasaudara, suami, isteri, anak atau ahli keluarga yang sudah tertimbusdalam timbunan tanah itu.

Dan raungan dan jeritan kuat itu bertebaran luas sekeliling bandarberkenaan. Ia menarik perhatian beberapa pihak berdekatan sehinggasekelip mata saja kawasan bandar kecil Ringlet dipenuhi ramai orang.

Lebih 700 orang datang daripada segala pelusuk alam dan mulamengerumuni timbusan tanah itu. Antara mereka adalah sekumpulan tenteraBritish yang sedang beristirahat berhampiran selain jurutera Jermanyang mengendalikan projek berhampiran.

Mereka mula mengorek dengan harapan masih ada mangsa yang dapatdiselamatkan. Selain penduduk setempat, ratusan pekerja projek empanganhidroelektrik berhampiran bergegas menghulurkan bantuan.

Kerja pengorekan dimulai dengan kudrat manusia sehingga peluhberjuraian daripada dahi hingga ke kaki. Pasukan penyelamat daripadapihak berkuasa tiba dengan pantas dan menyertai usaha sukarela pendudukitu.

Seterusnya dua jentera bulldozer dikejarkan untuk mengorek tanah bagimencari mangsa yang masih tertimbus. Kerja itu bukan mudah lantarantimbunan tanah ribuan tan itu meliputi kawasan luas.

Dianggarkan masih ada kira-kira lebih 20 pelanggan di dalam tiga kedaikopi, dua kedai runcit dan satu kedai daun teh berkenaan ketika tragediberlaku. Sebuah teksi yang membawa penumpang juga dilaporkan tertimbus.Kini semuanya masih ditelan tanah.

Dua jam kemudian, seorang daripada penyelamat sukarela itu melihatsesusuk tubuh di sebalik timbunan tanah itu. Dia terus menggali lebihbersemangat. Beberapa rakan turut menggali di tempat sama.

Selepas dua jam, kerja menggali mereka mengeluarkan enam kanak-kanakCina dan empat India yang sudah tidak lagi bernyawa. Seorang wanitaCina yang juga seorang daripada pemilik kedai berkenaan berjaya dibawakeluar hidup-hidup tetapi dua anaknya maut dalam tragedi itu.

Kira-kira 30 pengunjung lain berjaya diselamatkan walaupun mengalamikecederaan. Sebahagian mangsa yang kritikal terus dikejarkan keHospital Ipoh dan Hospital Tapah yang berdekatan.

Masa melewati kira-kira empat jam daripada permulaan tragedi apabilasatu keajaiban berlaku - seorang kanak-kanak berusia tujuh tahundijumpai selamat walaupun sudah lebih tiga jam tertimbus hidup-hidup.

Kanak-kanak itu terselamat kerana ketika runtuhan, dia sempat berbaringdan berlindung berhampiran tembok yang menghalang tanah berat itudaripada menimbusinya.

Jam berganti dan hari bersilih, tanah terus diangkut dan kerjapengorekan diteruskan tanpa henti. Menjelang petang hari kedua,sebanyak 13 mayat tercatat dalam senarai mangsa maut tragedi Ringlet.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan Menteri Kabinet turutmelawat dan memantau operasi gerakan mencari berikutan tragedi Ringletadalah tragedi yang dicatat sebagai sejarah hitam negara. Tidak pernahtanah runtuh berlaku dengan sebegitu teruk dan mengorbankan mangsa yangramai sebelum ini.

Menjelang petang, tanah yang menutupi enam premis di pekan kecil ituberjaya dibersihkan. Enam premis itu kini tiada lagi, tiada dinding,tiada atap; yang tinggal hanyalah tapak simennya saja.

Ketika semua premis itu runtuh, serpihannya turut menghempap beberapa rumah berhampiran dan menyebabkan kerosakan.
Seterusnya pada hari ketiga, dua lagi mayat ditulis dalam senaraimangsa maut selepas dijumpai dalam timbunan tanah itu menjadikan jumlahmangsa seramai 15 orang.

Hari itu juga, akhbar melaporkan penafian Lembaga Letrik Pusat yangkejadian tanah runtuh itu berpunca daripada projek empanganhidroelektrik bernilai jutaan ringgit yang dijalankan berhampiran pekanitu.

Hari keempat, satu lagi berita sedih disebarkan apabila seorangkanak-kanak perempuan yang pada mulanya ditemui selamat, meninggaldunia di hospital pada pagi 14 Mei. Itulah mangsa terakhir yang menjadikorban tragedi Ringlet 1961, 35 orang cedera dan 16 mangsa menemui mautditanam hidup-hidup

Adakah Anda Percaya??

Hang Tuah Berbangsa Cina
Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan 慴ahasa jiwa bangsa� dan 憁anusia mati meninggalkan nama� . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan 憂ama menunjukkan bangsa�. Bahasa 憂ama� merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada 憂ama� manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan 慔ang�. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran 慔ang� telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk 慚elaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,� cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku 慡ejarah Melayu� edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan 慶ampur� antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama 慞aduka Hang Mamat� sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar 慴iduanda Cina� juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang 慡ejarah Melayu� dan pengarang 慔ikayat Hang Tuah� mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang 慡ejarah Melayu� telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang 慔ikayat Hang Tuah� adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

Tragedi Pos Dipang

Kejadian berlaku pada 29 Ogos 1996, korbankan 39 nyawa manakala lima lagi dilaporkan hilang




KEBANYAKAN penduduk Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak hanya mampu terperap di rumah masing-masing kerana hujan terlalu lebat ketika itu. Hujan sejak jam 12 tengah hari, masih tidak berhenti walau sudah enam jam berlalu.

Tiba-tiba, satu dentuman kuat berselang-seli dengan derauan hujan dari arah bukit di belakang kampung berkenaan, kedengaran. Penduduk tersentak, tertanya-tanya apakah bunyi aneh itu.

Beberapa minit kemudian mereka sekali lagi mendengar satu bunyi pelik. Belum sempat mereka memikirkan apa-apa, dinding rumah mereka terus pecah dan air bercampur lumpuh menerjah ke dalam.

Rempuhan arus deras menyebabkan ada penduduk tercampak keluar dari rumah masing-masing manakala beberapa rumah yang terletak di tebing Sungai Dipang terus runtuh dan dihanyutkan.

Sebaik menyedari banjir lumpur mula 憁embaham� perkampungan Orang Asli itu, penduduk mula panik, jeritan mula kedengaran di mana-mana dan ada antara mereka mula meluru keluar daripada kediaman untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, sebaik keluar dari rumah, dengan pantas juga arus deras menyambar. Ramai penduduk dibawa bergulungan sambil tenggelam timbul bersama arus, beberapa kali badan mereka terhentak dan tercucuk dahan kayu.

Keadaan berlaku tanpa diduga. Ketika dibawa arus, jeritan meminta tolong terus bergema sebelum mulut dimasuki air berlumpur. Sesetengah mereka tersangkut pada pokok manakala sesetengah lain ghaib tenggelam di bawah air banjir. Sekelip mata, puluhan mangsa dihanyutkan entah ke arah mana.

Arus deras turut menghanyutkan batang pokok besar yang dipercayai ditinggalkan di atas bukit di hulu penempatan itu ketika kerja penebangan balak dijalankan beberapa tahun sebelum itu.

Hentaman balak dan rempuhan banjir menyebabkan 30 rumah musnah, 20 lagi rosak dan puluhan penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri daripada Orang Asli hilang dalam tragedi itu.

Mereka yang terselamat, berpaut pada pohon atau apa saja yang mampu mengelakkan mereka daripada hanyut. Dalam ketakutan, mereka mengharapkan supaya petaka itu segera berakhir.

Petang mula beranjak ke malam dan suasana sekitar mula menjadi gelap. Pasukan penyelamat yang menyedari tragedi buruk berlaku di kawasan berkenaan segera bergegas ke lokasi kejadian walau pandangan dihijab kelam.

Seramai 400 anggota penyelamat membabitkan polis daerah Kinta, pasukan bomba pusat, pasukan 2 Briged Rejimen Renjer Diraja Ipoh, Pasukan 69 Komando Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Batalion Ketiga PPH Bidor, kakitangan Pejabat Daerah Kampar dan Pasukan Pertahanan Awam dari Ipoh memulakan gerakan mencari mangsa.

Mayat pertama iaitu seorang wanita Orang Asli berusia lingkungan 30 tahun, ditemui kira-kira jam 1.30 pagi. Operasi mencari terus dijalankan.

Ketika itulah, pasukan penyelamat mula menyedari yang operasi mencari bukanlah sesuatu yang mudah dijalankan. Arus masih mengalir deras, cuaca amat gelap berikutan terputusnya bekalan elektrik.

Mereka mencuba semampu boleh sementara menunggu malam bertukar siang bagi meneruskan kerja mencari mangsa. Sebaik matahari menjelma, terteralah pemandangan yang begitu menggerunkan.

Pagi semalam, Perkampungan Orang Asli Pos Dipang tidak seperti itu tetapi selepas 24 jam berlalu, hujan lebat menukarkan landskap kampung berkenaan menjadi kawasan bencana!

Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari. Dalam kesukaran, mereka terpaksa menggali timbunan tanah bercampur lumpur setebal kira-kira 1.5 meter dan mengalihkan pokok yang tumbang untuk mencari kemungkinan mayat mangsa di bawahnya.

Pihak penyelamat hanya menggunakan tenaga manusia untuk mencari mayat mangsa dan

keadaan tempat kejadian yang berselerak dipenuhi kesan runtuhan rumah dan pokok tumbang menyebabkan kerja mencari lebih sukar dilakukan.

Bantuan juga sukar disampaikan kerana jambatan di Sungai Dipang yang menghubungkan kampung itu dengan Kampar roboh dilanda arus, menyebabkan pasukan bantuan terpaksa melalui jalan jauh iaitu Chenderiang dari Tapah.

Sehingga berakhirnya hari kedua kejadian iaitu 30 Ogos 1996, tragedi banjir lumpur itu mencatatkan penemuan 15 mayat mangsa manakala 27 lagi dipercayai masih hilang dihanyut banjir lumpur.

Operasi yang dijalankan kemudian terus mencatatkan penambahan jumlah mangsa yang maut terdiri daripada bayi seawal tujuh bulan sehingga ke penduduk tua berusia 70 tahun. Malah satu daripada mayat mangsa tragedi banjir lumpur itu dijumpai hanyut sehingga ke Sungai Kinta, Malim Nawar, kira-kira 48 kilometer dari tempat kejadian.

Pada 11 September 1996 iaitu selepas 13 hari berlalu, operasi mencari mangsa dihentikan dengan jumlah angka korban tragedi banjir lumpur Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, dicatatkan kepada 39 orang manakala lima lagi masih hilang dan gagal ditemui.

106 korban ribut Greg

KOTA KINABALU 26 Dis. - Sekurang-kurangnya 88 orang terbunuh sementara lebih 100 yang lain dilaporkan hilang dalam kejadian serangan ribut kencang Greg yang melanda kawasan Pantai Barat Sabah malam tadi.

Ini merupakan kejadian ribut paling buruk pernah berlaku dan mengakibatkan jumlah kematian mangsa ribut yang terbesar di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Maizan Shaari ketika dihubungi berkata, sehingga pukul 7 malam ini, pihaknya telah menerima laporan mengenai penemuan 88 mayat - 78 di Keningau, empat di Tuaran, empat di Kota Kinabalu dan dua orang di Papar.

Katanya, jumlah berkenaan dikhuatiri meningkat berikutan lebih 100 orang yang dilaporkan hilang sejak awal pagi tadi masih belum dijumpai.

"Sehingga kini, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti,'' katanya.

Menurut beliau, perhubungan jalan darat dan telekomunikasi yang kurang memuaskan di antara Kota Kinabalu dan Keningau turut menyukarkan penyaluran maklumat dengan lebih pantas.

Bagaimanapun, bantuan helikopter dari Pangkalan Tentera Udara di Labuan telah dihantar ke Keningau untuk tugas memindah dan menyelamatkan mangsa.

Turut terlibat dengan kerja-kerja menyelamat ialah Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, anggota tentera, Pasukan Polis Hutan Batalion 16 dan anggota polis tugas am.

Difahamkan bahawa kebanyakan mereka yang terkorban dipercayai kerana dihempap atap dan bumbung rumah sementara yang lain disebabkan lemas selepas dihanyutkan air.

Mangsa-mangsa yang masih gagal ditemui kebanyakannya dilaporkan hilang semasa keluar menangkap ikan di laut.

Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee yang meninjau dari udara keadaan sekitar ibu negeri menyifatkan ribut kencang yang melanda kawasan Pantai Barat Sabah itu adalah antara yang terburuk pernah melanda negeri ini.

"Saya juga melihat bot-bot dan kapal-kapal kecil tenggelam di beberapa tempat di sini serta banyak rumah musnah sama sekali ataupun bumbung telah hilang akibat ribut ini,'' katanya.

Yong berkata, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri telah digerakkan serta merta dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Datu Khalil Datu Jamalul telah mengarahkan semua jawatankuasa serupa di peringkat daerah di pantai barat negeri untuk digerakkan.

Beliau menasihatkan penduduk agar sentiasa mendengar pengumuman dari radio atau televisyen sebagai langkah bersedia menghadapi serangan ribut itu yang hanya dijangka berakhir sekurang-kurangnya 24 jam lagi dari hari ini.

Bencana buruk itu juga menyebabkan bekalan elektrik, komunikasi dan perhubungan darat di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Sabah terputus kerana mengalami kerosakan teruk.

Tinjauan Utusan mendapati sekurang-kurangnya enam buah kapal terdampar di kawasan pantai manakala 12 buah bot menangkap ikan terbalik dalam kejadian ribut kencang itu.

Sementara bumbung serta atap beratus-ratus buah rumah, pokok-pokok dan papan-papan iklan di sekitar bandar Kota Kinabalu turut musnah diterbangkan angin ribut.

Turut mengalami kerosakan ialah bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Yayasan Sabah serta tiang-tiang lampu limpah di Stadium Likas.

Di Keningau, Pegawai Daerahnya, Louis Rampas berkata, kira-kira 500 rumah di sembilan kampung sepanjang sungai-sungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang telah hanyut, mengakibatkan kira-kira 3,000 orang hilang tempat tinggal.

Keningau yang juga terputus hubungan dengan Nabawan, kini terputus hubungan pula dengan Kota Kinabalu kerana dua jambatan yang merintangi Sungai Liawan dan Sungai Pegalan dihanyutkan banjir.

Laporan terbaru yang diterima juga menyatakan jalan raya Kota Kinabalu - Tambunan terputus apabila jalan di Gunung Emas berdekatan dengan sebuah pusat peranginan tanah tinggi runtuh petang ini.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Tan Chen Kok ketika dihubungi berkata, ribut yang melanda kawasan Pantai Barat Sabah kini dilaporkan semakin reda dan sedang menuju ke arah Pantai Timur negeri ini.

Menurut beliau, ribut kencang yang berlaku semalam melanda kawasan Labuan, Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Beaufort dan beberapa kawasan di utara daerah Kudat.

Ribut itu adalah berikutan angin tropika Greg yang bertiup selaju lebih 50km sejam dari arah Laut China Selatan ke pantai barat Sabah dan utara Sarawak.

Menurut kenyataan itu lagi keadaan laut juga bergelora dengan ombak setinggi 3 hingga 5 meter.

Bagaimanapun angin kencang itu reda sejak pagi ini dan hampir kesemua kawasan di pantai barat Sabah hanya dilaporkan mendung dan tidak hujan sehingga tengah hari ini.

Sementara itu Bernama melaporkan seorang pegawai pengambilan rekrut dari Mindef Kuala Lumpur yang kebetulan berada di Keningau sejak semalam memberitahu, tidak kurang 50 buah rumah dekat pekan itu hanyut manakala kira-kira 60 kenderaan juga dilihat dihanyutkan banjir.

Kapt. Mohd. Yazid Abdullah berkata beliau sendiri mengeluarkan tiga mayat perempuan dewasa yang tersepit di celah-celah pokok, dipercayai dihanyut banjir, di tepi Sungai Pampang kira-kira 1 km dari pekan Keningau pada awal pagi.

"Pagi tadi saya sendiri melihat seorang mangsa yang berpaut pada balak sedang dihanyut banjir meminta tolong tetapi saya tak dapat berbuat apa-apa,'' katanya.

Bandar Kota Kinabalu yang terletak di tepi Laut China Selatan juga menyaksikan banyak papan tanda iklan ranap dan sampah sarap seperti potongan beluti dan papan berhamburan di sana sini dipercayai dibawa terbang oleh ribut yang mengamuk malam tadi.

Beberapa jalan utama di bandar ini mengalami kesesakan teruk akibat serangan ribut itu.

Di Kuala Lumpur, Ketua Unit Pengurusan Krisis Bencana, Bahagian Keselamatan Negara, SAC Mohamad Noor Hammad berkata Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) sedang bersedia bagi kemungkinan dihantar ke Sabah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Dua puluh empat anggota Smart kini bersedia untuk dihantar ke sana. Bagaimanapun sehingga kini kami masih memastikan perkembangan di negeri itu sama ada memerlukan khidmat Smart atau tidak,'' katanya.


notakaki: 230 kematian, 4925 rumah rosak

Tregedi hitam terminal feri.

Pelangar Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh 18 tahun lalu ragut 32 nyawa, cederakan 1,700 mangsa

SUDAH lebih 20 tahun berlalu sejak pelantar terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, Pulau Pinang, runtuh.

Suasana tenang dengan tiupan lembut bayu laut sesekali mengutuskan kedamaian di kawasan sekitar terminal itu ketika ini; kebanyakan pengunjung terutama generasi muda mungkin leka memerhatikan panorama indah sekitar kawasan berkenaan sementara menantikan feri merapati jeti.

Mereka mungkin tidak menyedari apa-apa, tidak mengetahui yang sekitar 18 tahun lalu, terminal feri itu menjadi saksi tragedi hitam yang mengorbankan 32 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,700 mangsa lain.

Pelantar jeti yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.

Dari Stesen Bas Butterworth sehingga ke kawasan jeti yang terletak bersebelahan, ribuan orang sudah bersesak untuk menaiki feri; mereka ingin menyeberang untuk melihat perarakan, yang antaranya mempamerkan patung besar Buddha yang dikatakan hanya diarak setiap 60 tahun sekali.

Hari itu adalah hari keraian di Pulau Pinang, dua perayaan masing-masing diraikan penganut Kristian dan Buddha disambut pada waktu sama.

Di bahagian pulau, sambutan perayaan Kwan Yin (Dewa Pemurah) pada malam 31 Julai yang diadakan sekali setiap 60 tahun mengundang puluhan ribu penganut Buddha tempatan dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Manakala di Bukit Mertajam, Seberang Prai; pula penganut Kristian merayakan sambutan Pesta St Anne.


Keadaan itu menyebabkan jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown ialah feri.

Bagi mereka yang ingin ke pulau, kehadiran pengunjung yang dianggarkan lebih 10,000 orang memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan terminal dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak.

Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu terminal turut ditutup tetapi suasana orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka dalam suasana bersesak-sesak.

Keadaan mulai menjadi kelam kabut apabila feri dari Pulau Pinang mula merapati jeti dengan orang ramai yang berada di terminal berkenaan terus meluru ke hadapan. Tidak lama selepas itu, kawasan berkenaan bergegar dan pelantar jeti mulai runtuh seterusnya bermulalah permulaan bagi babak tragedi hitam itu.

Peristiwa itu dengan cepat mendapat liputan media massa dalam dan luar negara malah ia menjadi detik bersejarah dalam rentetan tragedi demi tragedi yang tercatat berlaku negara ini.

Kini, mungkin generasi muda termasuk yang dilahirkan di Pulau Pinang sudah tidak mengingati lagi kejadian itu. Masakan tidak, 18 tahun terlalu cepat meniti waktu; seorang bayi ketika itu juga sudah berubah menjadi dewasa.


Bagaimanapun, bagi mereka yang terbabit dalam kejadian berkenaan, setiap kali melalui kawasan itu; perasaan gerun, sedih dan pilu mungkin masih menyelubungi mereka seolah-olah ia akan terus kekal sebagai kenangan pahit dalam ingatan masing-masing, sepanjang hayat mereka.

Tergamam lihat jeti runtuh hempap beribu manusia

TIBA-TIBA saja penduduk berdekatan terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, Pulau Pinang tergamam!

Satu bunyi kuat yang memenuhi ruang udara kawasan itu sekitar jam 4.40 petang pada 31 Julai 1988, serta merta menyebabkan pandangan mereka teralih ke arah terminal berkenaan dan sebaik menoleh, mereka tergamam melihat kejadian yang sama sekali tidak disangka.

Pelantar menunggu feri di jeti itu roboh! Beribu-ribu orang yang bersesak di atas pelantar setinggi lima meter itu tergelongsor jatuh manakala tiang dan kayu binaan berat menghempap jasad masing-masing!


Sedetik kemudian, bergema suara jeritan ribuan mangsa yang kesakitan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua. Suasana mula bertukar kelam-kabut, masing-masing hilang punca dan cemas.

Ramai mangsa terperangkap dihempap kayu pelantar. Jasad terbaring di mana-mana dan darah terpercik ke merata arah. Berpuluh mangsa terjatuh, maut di situ juga.

Bunyi riuh rendah dan hingar dan kalut apabila orang ramai kelam-kabut ingin keluar segera dari kawasan berkenaan kerana menyangka pelantar itu akan terus runtuh dan tenggelam di dalam air.

Pelbagai pemandangan ngeri dan menyayat hati kelihatan di tapak runtuhan itu. Seorang pekerja jeti yang sebelum itu sibuk melarang orang ramai memasuki kawasan berkenaan kerana sudah terlalu sesak, kelihatan tertiarap dihempap tiang terminal sebesar pemeluk.

Dada pekerja itu sudah menjadi leper dan tidak boleh digerakkan sama sekali, cuma kepalanya saja tertoleh ke kiri ke kanan dan meminta tolong dengan suara yang amat sayu.

Dari satu sudut lain, kelihatan kejadian ngeri apabila ada mangsa yang terputus kaki malah tulang keringnya jelas kelihatan.

Seorang pelancong yang sebelum itu sibuk dengan kamera videonya merakam pemandangan kesesakan pengunjung yang ingin memasuki Pulau Pinang bagi menyertai keraian di sana, dilihat berlumuran darah di kepalanya, mungkin akibat terhantuk ketika gegaran berlaku.


Ada juga mayat dalam keadaan amat mengerikan, tulang mereka patah-riuk seakan-akan boleh dipusing semua sendinya dengan mudah. Darah di merata tempat.

Seorang lelaki berjaya bergayut pada papan di tingkat satu, tetapi seorang lagi bergayut di kaki lelaki tadi. Akhirnya, tanpa dapat menampung beban berat, kedua-dua lelaki itu jatuh ke tingkat bawah iaitu di kawasan kenderaan dan cedera parah.

Kelihatan juga seorang mangsa yang berlumuran darah berlari terhoyong-hayang meminta tolong.

Keadaan muka kebanyakan orang yang berada dalam kawasan kejadian itu juga agak hitam kerana terkena habuk dan sawang yang jatuh dari atas bumbung.

Apabila lebih ramai orang mulai pulih daripada keadaan panik, mereka yang berada di tingkat atas mulai berteriak memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada mereka yang berada di tingkat bawah, khususnya mereka yang tidak dapat bergerak kerana tersepit di celah runtuhan kayu dan kenderaan.

Beberapa pihak yang terselamat dan pihak yang berada berhampiran mula bergegas ke tempat runtuhan bagi menghulurkan pertolongan.

Seorang lelaki yang tidak luka mendukung seorang wanita tua yang cedera manakala belakangnya pula mendukung seorang kanak-kanak lelaki. Dengan dua mangsa itu, dia terus meluru keluar ke tempat selamat bersama ribuan mangsa lain.

Pasukan penyelamat tiba di kawasan tragedi beberapa ketika kemudian. Pihak yang terselamat dan pihak berkuasa segera menerpa dan mengangkat mangsa yang terkorban. Ada yang mengangkat mayat terperangkap dalam kejadian itu sambil menitis air mata mengenangkan korban yang begitu banyak.

Stesen bas Butterworth penuh dengan mangsa yang berjaya diselamatkan. Mereka menenangkan diri di situ, selepas berjaya keluar dari lokasi tragedi. Tidak seperti kawasan lokasi yang terletak berhampiran, suasana di stesen bas itu hening.

Ramai memilih untuk tidak mengeluarkan suara sebaliknya terus termenung seolah-olah masih tergamam dengan kejadian tidak disangka itu. Dalam keheningan, satu kejadian hitam dicatat dalam sejarah tragedi negara ini, pada hari itu.
Tuesday, December 8, 2009

Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

Bismillah..
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa ' yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk ' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Dimana kan ku cari ganti.

Coretan ini datang dari pengirim email.sebelumnya artikel ni dlm BI telah diterjemahkan dalam BM.dan di olah semula oleh saya demi memenuhi keadaan.



4 thn yg lalu, isteri saya telah meninggal dunia kerana kemalangan. saya selalu berfikir macam mana keadaan isteri saya di sana, cukupkah amalan ketika menghadapi yg esa. isteri saya mesti berasa sedih kerana tinggalkan suami yang tidak pandai menjaga anak dan rumah dengan baik kerana selama ini memang tugas isteri,tugas saya hanya di luar mencari rezeki

Pada suatu hari, saya terpaksa tinggalkan anak yg sedang lena tidur kerana emergency work. memikirkan nasi yang masih ada, saya mengoreng telur. saya membisikkan pesanan pada anak yang tengah tidur lantas keluar dari rumah.

Dengan tanggungjawab saya di rumah dan pejabat, saya teramatlah letih hingga tak ada tenaga langsung.saya mencium dan memeluk anak pun ala kadar dan terus masuk tidur tanpa makan malam.ketika hendak baring saya merasakan saya terduduk atas mangkuk porcelain lantas pecah beserta cecair tumpah.saya bingkas bangun dan terkejut dgn apa yg saya dapati,saya nampak mangkuk berisi instant noodle pecah dalam blanket saya,apalagi dalam keadaan yang amat marah lalu saya memanggil dan mengambil hanger dan memukul anak saya. Anak saya tidak menangis tapi memberitahu: -

"saya sangat lapar, tapi tak ada nasi. jadi saya buat keputusan utk makan noodles. saya teringat ayah kata tak boleh guna dapur gas kalau tak ada org tua di rumah. jadi saya pergi bilik air dan gunakan air panas shower utk membuat noodles utk saya dan ayah. ayah tidak balik rumah lagi so saya menyimpan noodles tu dalam blanket ayah kerana takut ia akan menjadi sejuk. saya terlupa nak memberitahu ayah kerana masa ayah balik tadi saya tengah syok bermain dengan anak patung maafkan saya ayah"...

air mata berlinangan tetapi saya tak nak menangis depan anak. saya terus masuk bilik air lantas membuka shower dan terus menangis. selepas tu, saya memeluk anak dengan erat dan menyapu ubat ke punggung nya sambil menidurkan dia. saya membersihkan bilik tidur. selepas selesai membersihkan bilik,Dengan perlahan saya menjenguk anak,Dia sedang menangis melihat photo mak dia dan bukannya menangis kerana kesakitan.

Anak saya berusia tujuh tahun.saya sedaya upaya memberi kasih sayang seperti ayah dan ibu,saya juga berusaha memenuhi segala kehendak anak dan jadi jadi bapa yg terbaik

Tidak berapa lama kemudian, saya memukul anak saya lagi.Tapi kali ni saya teramatlah kesal.kisahnya cikgu menelefon memberitahu anak saya tidak hadir ke kelas. saya mengambil time off dan mencari anak di rumah untuk penjelasan.Tapi dia tidak ada di rumah.saya mencari-cari dan terjumpa di kedai computer games. saya bawa anak balik ke rumah dan memukulnya. saya minta penjelasan.anak saya memberitahu hari ini ada 'talent show' dan pihak sekolah telah menjemput ibu utk hadir. oleh kerana dia tak ada ibu, dia tidak mahu join show tersebut dan ambil keputusan utk tidak hadir ke sekolah.

Tidak berapa lama selepas itu, anak saya memberitahu cikgu telah mengajar cara menulis dan belajar. Anak saya terperap sendirian dalam bilik seharian utk belajar dan menulis bersungguh2.dan keputusan peperiksaannya juga sungguh cemerlang,kalau isteri saya ada lagi, mesti dia berbangga dengan pencapaian anaknya,saya juga turut berbangga.

setahun berlalu.kini musim perayaan.kali ni anak saya membuat masalah lagi. semasa saya balik penat dari pejabat,saya mendapt panggilan dari pejabat pos. posmen tu memberitahu, anak saya menghantar beberapa pucuk surat tanpa alamat. saya berjanji dengan diri sendiri agar tidak memukul lagi,Tapi kali ini saya merasa dia amat keterlaluan lalu memukul lagi.anak saya hanya meminta maaf. saya menolak anak saya ke tepi lalu pergi ke pejabat pos utk mengambil surat tersebut.

saya bertanya anak saya atas sikap keterlaluannya. dia memberitahu surat tersebut adalah utk ibu.saya bertanya kenapa hantar banyak dalam satu masa. dia kata dia selalu menulis surat utk mak tetapi setiap kali dia pergi ke peti surat, dia tak dapat hantar kerana dia pendek. tapi hari tu dia pergi, dia dapat mencapai peti surat tersebut,jadi dia menghantar kesemua surat tersebut.

selepas mendengar kata2 itu,saya tergamam dan tidak tahu apa nak cakap lagi.saya jelaskan pada anak saya, ibu di syurga. kalau nak cakap apa2,hanya bakar surat tersebut dan cakap apa yg awak nak katakan juga jgn lupa berdoa selalu, lepas anak saya mendengar, dia terus tidur dgn nyenyaknya. saya terus membakar surat tersebut, tidak berdaya utk membaca isi kandungan tersebut.

Tapi saya terbaca juga salah satu kandungan surat tersebut:

kepada mak,
Saya amat merindui mak. hari ni di sekolah ada 'talent show' dan pihak sekolah telah menjemput ibu2 utk hadir utk kepertunjukan tersebut. sejak mak tak ada, saya tak menyertai pertunjukan tersebut. saya tidak mahu memberitahu ayah kerana dia pasti akan menangis dan merindui mak. ayah mencari saya. utk hilangkan kesedihan... saya pergi lah ke salah satu kedai komputer dan bermain games kat sana. ayah rasa curiga, lalu marah dan memukul saya, tetapi saya tidak memberitahu sbb sebenar. mak, ayah selalu merindui mak dan setiap kali dia mengingati mak, dia akan masuk ke bilik menangis keseorangan. saya rasa kita berdua teramatlah merindui mak. tapi mak, saya mulai lupa macam mana rupa mak. boleh tak mak datang dlm mimpi saya. saya dengar orang kata kalau kita memeluk gambar org yang dirindui, mereka akan dtg dalam mimpi, tapi mak, kenapa mak tidak dtg lagi dlm mimpi saya?

selepas membaca surat tersebut, saya mulai menangis teresak2. saya tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya seperti isteri saya.
Thursday, December 3, 2009

Panggilan mesra untuk yg tersayang

Apakah pangilan anda suami isteri ? Kepada yg belum berumahtangga pun boleh beri pendapat masing2 agar dapat diguna pakai selepas berkahwin kelak.

Panggilan diantara suami isteri juga kekadang dapat mempengaruhi akan kebahagiaan rumahtangga mereka. Jadi berilah pendapat anda masing2...

Contoh2 panggilan suami isteri :-

1. Suami dipanggil 'abang', isteri dipanggil nama - stail evergreen dan banyak diguna pakai.

2. Suami dipanggil 'honey', isteri dipanggil 'darling' - mat salih punya stadaaa....

3. Suami dipanggil 'abang', isteri dipanggil 'ayang' - fesyen agak terkini dan agak romantis

4. Suami dipanggil 'ya abu', isteri dipanggil 'ya ummi' - stail arab tuuu....

5. Suami dipanggil 'oii...paknye', isteri dipanggil 'oii...maknye' - fesyen org dulu2 tapi kekal bahagia...

6. Suami dipanggil dgn nama saja, begitu juga panggilan untuk isteri - ini amarican style...nampak agak kurang beradab

7. Suami dipanggil 'pak andir oiii...', isteri dipanggil 'mak andeh oiii...' - haaa..yg ini mungkin zaman Pak Pandir/Mak Andeh kot..???..tapi masih ada lagi org yg pakai panggilan ni...

8. Suami dipanggil 'awaaaakkk....' atau 'waaakkk', isteri pun dipanggil dgn panggilan yg sama juga - haaaa....ini latest punya fesyen...tapi dah macam panggilan org2 tua jawa lah pulak...wak..o..wak..

9. Suami dipanggil 'baby', isteri pun dipanggil yg sama - ermmm....terkini juga...nampak manja..

10. Suami dipanggil 'oii beb', isteri dipanggil 'oii sis' - ini pangaruh muda mudi...nampak kasar kan ?

11. Suami dipanggil 'anje', isteri dipanggil 'ayang' - alahai.....

12. Suami dipanggil 'oii...paknyee..', isteri dipanggil 'oii...maknyee' - ini stail org dulu2 dan yg guna pun hanya yg dah tua2....

13. Suami dipanggil 'koi', isteri dipanggil 'dirinya' - panggilan suami isteri masyarakat Pahang dulu2...

14. Suami dipanggil 'nana/mamu', isteri dipanggil nama - panggilan masyarakat mamak Penang yg tua2..

15. Suami/isteri dipanggil 'mung/demo', dan membahasakan diri 'kawe/aku' - Kelantan mari...