Friday, November 27, 2009

DABAI



Di Sarawak sekarang, jikalau korang singgah ke pasar basah untuk beli barang keperluan dapur, anda akan terlihat satu buah yang sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah "dabai". Kebiasaannya buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi feberet dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak.



Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.


Kebiasaannya, buah dabai direndam terlebihh dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian airnya dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan bersama kicap atau garam. Biji dabai pula terdapat isi yang berwarna hijau. Rasenye seperti 'kacang'. Sedapppp....

Seni mengecat dinding rumah.





Perlindungan Insurans Kereta.

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang menidakkan perlindungan insurans bagi kereta lama serta kenderaan berharga bawah RM10,000, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk menghapuskan keperluan perlindungan pihak ketiga yang merupakan keperluan wajib di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata kesukaran orang ramai untuk mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah ekoran kerugian yang dialami oleh penanggung insurans akibat kos tuntutan yang sangat tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium yang dikenakan.

"Sungguhpun penanggung insurans semakin berhati-hati menawarkan perlindungan insurans motor pihak ketiga secara individu, orang ramai boleh mendapatkan perlindungan berkenaan melalui "Malaysian Motor Insurance Pool" (MMIP) yang merupakan suatu pakatan industri di mana penanggung insurans berkongsi premium dan tuntutan secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat yang menanyakan adakah menjadi polisi kerajaan untuk menidakkan perlindungan insurans kereta lama berusia 10 tahun dan ke atas, serta kenderaan berharga RM10,000 ke bawah.

Semasa membentangkan Bajet 2010 bulan lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa satu skim insurans akan diperkenalkan kepada rakyat pada harga premium yang berpatutan dengan tahap perlindungan yang ditawarkan.

"Skim yang akan mengatasi masalah kesukaran mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga ini juga akan mempunyai proses tuntutan insurans yang cepat dan mudah," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Kementerian Pengangkutan kini dalam proses mengkaji penerapan suatu mekanisme skim insurans motor yang bersesuaian.

"Ini adalah di samping kajian holistik yang sedang dijalankan untuk mencapai peningkatan dalam akses, kecekapan dan kemampanan sektor insurans motor dan butir-butir lanjut mengenai mekanisme berkenaan akan diumumkan kelak," katanya.

-- BERNAMA

Sumber : Bernama.com


SELAMAT LAGI KERETA LAMA DI JALAN RAYA......

SAMBAL TUMIS UDANG DAN PETAI


Bahan-bahan (hidangan untuk enam orang):



1. 3/4 cawan minyak masak Daisy Blend (myk ape pun leh...jgn myk petrol dh la)
2. 1 biji tomato merah (potong dadu)
3. 1/2 cawan sos tomato
4. 1/2 cawan santan
5. 2 sudu besar gula pasir
6. 1 sudu kecil garam
7. 1/2 kilogram udang basah
8. 1 cawan petai (kupas kulit)
9. 1 labu bawang besar
10. Air



Bahan Dikisar Halus:

1. 10 tangkai cili kering (rebus)
2. 4 tangkai cili merah
3. 1 labu bawang besar
4. 5 ulas bawang putih
5. 2 sentimeter belacan

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak masak Daisy Blend di dalam kuali dan tumis tomato merah.
2. Masukkan bahan yang dikisar halus.
3. Masak sehingga kering, kemudian masukkan suku cawan air. Didihkan dan ulang
langkah ini sebanyak tiga kali sehingga hilang bau cili.
4. Masukkan sos tomato, santan, gula dan garam serta biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan udang dan petai. Masak sehingga pekat.
6. Siap untuk dihidang.

TATOO


Jangan terkejut jika korang masuk ke perkampungan masyarakat Dayak dan berjumpa dengan orang-orang tua yang dihiasi berbagai macam tatoo indah di beberapa bahagian tubuhnya.Tatoo bagi masyarakat Dayak bukan sekadar hiasan Tetapi, memiliki makna yang sangat mendalam.

Sebab tu tatoo bagi masyarakat Dayak tidak boleh dibuang suka2 hati sebab ia adalah sebahagian dari tradisi,status sosial seseorang dalam masyarakat, serta sebagai bentuk penghargaan suku terhadap kemampuan seseorang.(berbeza dengan islam melarang keras umatnya mamakai tatoo!)

Oleh itu,Ada peraturan tertentu dalam pembuatan tatoo baik pilihan gambarnya, struktur sosial orang yang memakai tatoo mahupun penempatan tatoonya. Meskipun demikian, secara realitinya tatoo memiliki makna sama dalam masyarakat Dayak, yakni sebagai "obor" dalam perjalanan seseorang menuju alam keabadian, setelah kematian.


Setiap suku kaum Dayak memiliki aturan yang berbeza dalam pembuatan tatoo. Bahkan ada pula suku kaum Dayak yang tidak mengenali tradisi tatoo itu sendiri.


Bagi suku Dayak yang tinggal disekitar Kalimantan dan Sarawak Malaysia,tatoo di sekitar jari tangan menunjukkan orang tersebut suku yang suka menolong seperti ahli perubatan. Semakin banyak tatoo di tangannya, menunjukkan orang itu semakin banyak menolong dan semakin arif dalam ilmu oengubatan.

Bagi masyarakat Dayak Kenyah dan Dayak Kayan di Kalimantan Timur, banyaknya tatoo menggambarkan orang tersebut sudah kuat mengembara.Setiap kampung memiliki motif tatoo yang berbeza, banyaknya tatoo menandakan pemiliknya sudah mengunjungi banyak kampung.

Berbeza pula dengan golongan bangsawan yang mamakai tatoo,motif yang lazim untuk kalangan bangsawan adalah burung enggang yakni burung endemik Kalimantan yang dikeramatkan.

Ada pula tatoo yang dibuat di bahagian paha. Bagi perempuan Dayak memiliki tatoo di bahagian paha status sosialnya sangat tinggi dan biasanya dilengkapi gelang di bahagian bawah betis. Motif tatoo di bahagian paha biasanya juga menyerupai silong lejau(sejenis simbol tatoo berbentuk muka harimau ). Perbezaannya dengan tatoo di tangan, ada garis melintang pada betis yang dinamakan nang klinge.

Tatoo sangat jarang ditemui di bahagian lutut. Meskipun demikian, ada juga tatoo di bagian lutut pada lelaki dan perempuan yang biasanya dibuat pada bahagian akhir pembuatan tatoo di badan. Tatoo yang dibuat di atas lutut dan melingkar hingga ke betis menyerupai ular, sebenarnya anjing jadi-jadian atau disebut tuang buvong asu.

Sebenarnya,tatoo yang diperbuat dengan warna warni tidak mempunyai makna makna filosofis yang tinggi.

Tatoo warna-warni yang dibuat kalangan pemuda kini, hanyalah tatoo hiasan yang tidak memiliki makna apa-apa. Tatoo seperti itu sama sekali tidak memiliki nilai religius dan penghargaan, tetapi cuma sekadar untuk keindahan,bahkan ada yang ingin dianggap sebagai hero!

PELANGI MALAM


Gambar luar biasa ini berjaya diambil oleh fotografer di North Yorkshire yang menunjukkan pelangi di malam hari. Pelangi itu disebabkan oleh cahaya bulan purnama.

Fotografer Chris Walker mengatakan pelangi itu muncul ketika hujan.Waktu itu menunjukkan bulan sedang penuh dan membelakangi pelangi.

Pelangi biasanya tercipta ketika sinaran matahari dipantulkan oleh titisan air hujan. Namun dalam hal ini cahaya bulan yang menyebabkan munculnya pelangi.


Pelangi bulan purnama merupakan fenomena cukup jarang berlaku dan memerlukan kombinasi langit sangat gelap, bulan kurang dari 42 derajat di langit, dan hujan jatuh di seberang bulan.

Pelangi malam hari itu mengingatkan kita pada Aurora Borealis atau cahaya utara yang menerangi langit malam di daerah kutub dengan pemandangan yang betul2 indah!

Salam

Welcome