Friday, November 27, 2009

SAMBAL TUMIS UDANG DAN PETAI


Bahan-bahan (hidangan untuk enam orang):



1. 3/4 cawan minyak masak Daisy Blend (myk ape pun leh...jgn myk petrol dh la)
2. 1 biji tomato merah (potong dadu)
3. 1/2 cawan sos tomato
4. 1/2 cawan santan
5. 2 sudu besar gula pasir
6. 1 sudu kecil garam
7. 1/2 kilogram udang basah
8. 1 cawan petai (kupas kulit)
9. 1 labu bawang besar
10. Air



Bahan Dikisar Halus:

1. 10 tangkai cili kering (rebus)
2. 4 tangkai cili merah
3. 1 labu bawang besar
4. 5 ulas bawang putih
5. 2 sentimeter belacan

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak masak Daisy Blend di dalam kuali dan tumis tomato merah.
2. Masukkan bahan yang dikisar halus.
3. Masak sehingga kering, kemudian masukkan suku cawan air. Didihkan dan ulang
langkah ini sebanyak tiga kali sehingga hilang bau cili.
4. Masukkan sos tomato, santan, gula dan garam serta biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan udang dan petai. Masak sehingga pekat.
6. Siap untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Calcutta