Thursday, December 17, 2009

Balik Pada Asas

Salam,

Alhamdullilah syukur kita kepada Allah s.w.t kerana di beri kekuatan untuk berada pada Ramadhan yang ke 25. Semoga kita menjadi lebih insaf, bertakwa dan berlepas diri dari dosa dan amalan yang tidak baik. Bersyukur kita kerana dapat menikmati Ramadhan, dapat mengawal nafsu serakah dan dapat banyak beribadat dan munajat pada Allah. Mohon kita pada Allah s.w.t supaya di ampunkan segala dosa kita ini – dosa yang kita tahu dan dosa yang kita tidak tahu. Mohon padaNYA petunjuk dan hidayah dan bimbingan kepada jalan yang di redhai Allah.

Diakhir zaman ini memang banyak dugaan dan cabaran dalam mengamalkan Islam. Macam-macam gambaran yang kita lihat perihal Islam dan cara kehidupan. Lumrah manusia ialah inginkan yang terbaik dalam mengamalkan Islam maka wujud bermacam faham dan cara tersendiri dalam mengamalkan Islam. Ada yang memilih jalan Tabligh, ada yang memilih jalan Tarekat, ada yang memilih jalan SUFI, ada yang memilih jalan Ikwanul Muslimin, ada yang memilih jalan Hikmah, ada yang memilih jalah Fisabillilah, ada yang memilih untuk BERKUMPULAN, ada yang memilih Sunnah Wal Jamaah, ada yang memilih Wahabi, ada yang Tak Memilih Jalan dan bermacam-macam jenis.Ramai di antara kita ini bertelagah dan berdebat akan cara dan bagaimana untuk menjalani dan mengamalkan Islam dalam kehidupan harian.

Baguslah masing-masing ingin mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan menjadi hamba yang mengabdikan diri pada Allah s.w.t. Dalam pada itu haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga asas-asas Islam yang diajar melalui Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita ini jadi lebih-lebih – semacam nak jadi lebih hebat dari Rasulallah s.a.w dengan membuat perkara yang Rasulallah s.a.w tak buat. Jadilah hamba Allah yang serdahana dalam serba serbi dalam amalan, ibadah, kehidupan dan semuanya.

Yang Allah s.w.t ajarkan Islam melalui Rasulnya itu adalah LENGKAP dan SYUMUL. Cuma kita ini sahaja yang tak buat dengan sungguh-sungguh apa yang disuruh. Jangan jadikan apa-apa antara kita dengan Allah s.w.t. . Mohonlah pada Allah s.w.t sahaja dan jangan memohon selain daripada Allah s.w.t. Kita boleh jatuh syirik jika mohon melalui selain dari Allah s.w.t.

Peringatan di atas adalah untuk diri saya sendiri yang sentiasa lupa dan alpa perihal Allah s.w.t dan cara sebenar menjalani Islam dalam kehidupan. Islam itu mudah tapi tidak semudah yang disangka. Mudah bagi yang memahami dan jangan di permudah-mudahkan. Bersabar dan berserdahana dalam mengamalkan Islam dan pulang ke asal jika dah terlanjur jauh dari amalan Islam.

Ingat kembali Rukun Iman serta hayatinya dan laksanakan sebaik mungkin Rukun Islam. Taat dan patuh pada syariah Feqah, hayati Tauhid, rasai Hakikat dan syukur atas Makrifat. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Pengampun. Dialah yang Maha Kasih dan Maha Sayang. Mohonlah padaNYA keberkatan dan hidayah untuk menjadi hambanya yang taat dan mentaati.

Imbasan sedikit perihal Rukun Iman dan Rukun Islam:

RUKUN IMAN

BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah swt

BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang meminpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.

BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada’ dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya
RUKUN ISLAM

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya”. Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt

MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Alah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

0 comments:

Post a Comment